Star City Homestay, Jalan Stadium, Alor setar
Star City Homestay merupakan sebuah rumah banglo 1 tingkat yang berada di Pusat Bandar Alor
Setar. Lokasinya di Jalan Stadium, adalah amat strategik kerana ianya berada di tengah-tengah
Bandaraya Alor Setar dan dikelilingi pelbagai kemudahan utama.
Kedudukannya yang berdekatan dengan Stadium Darul Aman, Pejabat Pos Besar Alor Setar,
Pasaraya Star Parade (Pacific), Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Kedah,
Kota Setar, Restoran 24 jam Kentucky Fried Chicken (KFC) dan sebagainya tentu saja akan
memudahkan pelbagai urusan anda.
Selain itu, bagi urusan rasmi pula, Star City Homestay juga berdekatan dengan Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah, Muzium Negeri Kedah, Bazaar Pekan Rabu, Bangunan PKNK, Wisma TNB
dan banyak lagi. Semua destinasi tersebut adalah dalam jarak 5 minit sahaja.
Kemudahan dan fasiliti yang disediakan adalah amat berbaloi.
Kesemua tiga bilik lengkap dengan pendingin hawa.
Bagi memastikan keselesaan tetamu, tilam jenis spring jenama terkenal digunakan.
Selain itu untuk hiburan seisi keluarga set TV LCD 32 inci jenis Toshiba Regza diletakkan
di ruang tamu. TV tersebut mempunyai port USB yang membenarkan fail media dimainkan terus dari pendrive
atau portable hard disk, jadi bawalah fail movie anda untuk dimainkan ketika anda sedang
berehat (atau hanya minta fail movie dari tuan rumah sahaja-percuma).
Bagi yang membawa
ramai ahli keluarga anda hanya perlu membeli lauk di kedai makan berhampiran dan masaklah
nasi di homestay ini kerana periuk nasi elektrik disediakan. Selain itu cerek elektrik,
pinggan dan gelas juga telah disediakan untuk tetamu.
Makanlah bersama keluarga dengan
selesa di atas meja 8 kerusi yang telah disediakan.
Jika makanan anda tidak habis simpanlah di dalam peti sejuk.
!!! ISTIMEWA UNTUK MUSIM CUTI SEKOLAH !!!
Sempena cuti sekolah yang semakin dekat, Star City Homestay telah menambah beberapa
kemudahan untuk kegunaan tetamu ketika menginap. Musim kenduri yang akan datang tetamu akan
dibekalkan dengan dapur untuk kemudahan memasak, selain itu mesin basuh automatik
sepenuhnya juga disediakan. Selain kemudahan tadi, kemudahan lain antaranya :
TV LCD 32' ☆ Ruang makan khas dengan meja makan 8 kerusi ☆ Ruang dapur ☆
3 bilik tidur, 2 bilik air ☆ set sofa ☆
Katil queen size setiap bilik ☆
Aircond setiap bilik ☆
Pemanas air mandi ☆
Periuk nasi elektrik ☆
Pemanas air minum ☆
pinggan mangkuk, gelas dan kuali ☆
Ruang tamu yang luas 15 ft x 20 ft ☆
Ruang kereta yang luas (muat 3 kereta besar) ☆
Halaman depan rumah yang luas
Kedudukan homestay yang terletak ditengah-tengah bandaraya Alor Setar akan memudahkan
ziarah anda ke sini. Antara lokasi perumahan yang dalam lingkungan perjalanan 10 minit
adalah seperti berikut :
Taman Mahkota, Taman Stadium, Taman Darul Aman (1 minit)
Taman PKNK dan lain-lain taman di Jalan Tun Razak, (5 minit)
Taman Uda dan lain-lain taman di Jalan Sultanah (7 minit)
Perumahan Awam Mergong (7 minit)
Jalan Teluk Wanjah (5 minit)
Pusat Bandaraya (5 minit)
Taman Jayakami (5 minit)
Kadar Penginapan
RM230/malam
LOKASI STAR CITY HOMESTAY
Untuk sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi :
En.Anuar, Tel : 019-428 7847
Penafian : Perkhidmatan ini dikelola oleh pengiklan, bukannya Kedah2U atau saya (Tanpa Nama)
|
|
|